Monday 7 May 2012

dari aku buat kau..



dear my mate,
assalamualaikum..
dengan lafaz bismillahirrahhamnirrahim...

mungkin aku lah manusia paling bodoh sebab tulis surat yang mcm ni. dan cuma aku je yg tulis macam ni kowt. seorang yang bodoh yang tak tau ape itu surat? ape itu isi kandungan? apa itu format? hmm semuanyalah. tapi ape yg pasti surat ni aku buat untuk kau sorang. jodoh aku.

hi jodohku ! assalamualaikum ~ even aku tak tahu kau kat mana, buad ape kau sekarang. dan yang paling bodohnya aku bila aku cakap aku tak pernah kenal pun kau sapa. looks funny kan? tapi pada aku its ok, sbb itu rahsia Allah kan? hmm yess! rahsia Allah. so abaikan..

pertama sekali, aku nak ckp suatu hari kau jadi suami aku kan, perkara pertama kat sini, aku bukan pilihan terakhir kau, banyak lagi muslimah2 yg cantik, yg baik, beriman, sopan. aku hanya muslimah sederhana. yang x punya apa2 pun sebenarnya.. tapi kau jgn risau, selepas bersaksikan cinta kite depan Allah nanti, aku akan cuba sayang n menjaga setiapppppppp perkara tentang kau. terutama tentang hati kau ok. 

perkara kedua, kau tau! dulu aku jahil. tapi xkan lah sampai bebila pun aku nak jahil. so kau kena bimbing aku tuk jadi isteri solehah. imamkan setiap solat aku dan insyAllah bakal anak2 kita nanti. amin, lepas tu pastikan iman kau kena kuat dari aku. sbb aku baru merangkak. biarlah aku merangkak bersama orang yg dah ppandai berjalan. phm kan?

perkara ketiga! kau sebenarnya bukanlah lelaki terbaik dlm dunia ni, tapi pikir balik kenapa aku pilih kau. aku takkan mengangkat kau jadi suami aku sebab rupe, harta dan pangkat. tapi sebab aku yakin yang kau boleh bimbing aku. tp x semestinya kau terusan baik kan? manusia x sempurna. pada aku cukup aku berdoa supaya kau kekal macam tu ok.

perkara keempat! skrg ni dah banyak kes cerai berai. dan aku tak kan pernah nak mende tu, so aku nak kite lengkapkan diri kite dengan iman dan agama. supaya kite saling beringat satu sama lain, bila aku lalai kau tegur aku dan mcm tu sebaliknya.

dan perkara kelima, poligami. aku tau ini hak mutlak kau dari hukum Allah. siapalah aku nak menolak hukum nie, andai suatu hari kau ditakdirkan untuk berpoligami, haruslah kau beritahu aku, jgn kau berselindung, sbb bila kau berselindung kau khianati cinta aku. kau lupa kita ikat cinta bukan setakat depan wali tapi depan Allah. tapi aku hendak kau berlaku adil sbb aku taknak kau terlalu ikut nafsu.

dan akhir sekali ini pesanan aku untuk kau jodoh ku. aku ni tulang rusuk kau yang bengkok. dan pada saat kau ucap aku terima nikahnya... itu tanda kau akan luruskan aku, dan igtlah tanggungjawab kau besar pada aku serta anak2. kau ketua, kau imam. dan aku kaum lemah. kau lindung lah aku. kekuatan aku hanya airmata. dan aku cuma ada kasih sayang. maka, kau kasihi lah aku dengan seadanya.

dan satu lagi, aku mohon ampun dan maaf kerana kekhilafan aku bersama ajnabi2 aku sebelum engkau sampai. itu dahulu, sekarang aku sedar kau lah yang boleh menunjukkan aku jalan ke jannah...


nana norzirah..


No comments:

Post a Comment