Friday 8 June 2012

surat untuk bakal suami tercinta

Wahai bakal suamiku,
Cinta pertama mengukir peristiwa, menggugat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.
Wahai bakal suamiku,
janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.
Kiranya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Akhi, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.
Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya.
wahai bakal suamiku,
kutahu ku pernah melakukan khilaf bersama ajnabi lain, aku mohon keampunan darimu kerana aku tdk mampu menjaga diriku, ketahuilah aku hawa,seorang hawa yang lemah.dan bertanya lah kepada dirimu sendiri mengapa engkau ku pilih, bukan kerana harta tetapi percayalah kerana imanmu.ku senantiasa berdoa supaya Allah memberi aku seorang suami yang mampu mengimamkan aku dan anak anak ku, dan jua mampu meminpin tangan ku ke jannahNya.
sekian, nana norzirah

No comments:

Post a Comment